Bulan Rejab , Bulan ALLAH


Assalamualaikum kawan kawan semua :) 
Kaifahalukum ? Alhamdulillah . Wah, dah lama ana tak update post kan . Almaklumlah, sekarang nih musim peperiksaan, jadi kenelah lebih tumpukan kepada peperiksaan. Tolong doakan ana berjaya dalam peperiksaan yea . Amin . Insyaallah . Walaupun sekarang nih sibuk dgn peperiksaan, tapi itu tak melunturkan semangat ana untuk terus berdakwah . Kitakan umat Nabi Muhammad iaitu umat yang terbaik yang mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran . Kalau nak yang lebih lanjut , boleh lah rujuk Al-Quran, surah An-Nisaa' ayat 1 . Kalau ana salah tolong betulkan yea ? 

Hari ni, ana nak kongsikan sedikit sebanyak ilmu didada tentang kelebihan bulan Rejab . Alhamdulillah . Sedar tak sedar, kita sekarang nih dah masuk bulan rejab iaitu bulan ALLAH . 







Jom kita tengok KELEBIHAN BULAN REJAB :


1. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
2. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
3. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
4. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
5. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
6. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
7. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
8. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
Banyakkan kelebihan Bulan Rejab ? Kelebihan kita dah tahu , Jom amalkan pula doa dibawah ni :



Kelebihan dah tahu , Doa pun dah tahu . Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk melakukan sebanyak2 amalan . Insyaallah . 


Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita didunia dah diakhirat . Amin. 

Jangan lupa untuk banyakkan beristighfar dan beramal soleh ;) 

Assalamulaikum ^_^


#Jihad Fisabilillah, by Anis.


2 comments:

  1. Berhati hatilah membawa kelebihan2 ini tanpa usul periksa dalilnya. No. 4 ke atas tiada dlm mana2 dalil dn dibimbangi palsu belaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi menegur ana . Ana dah betulkan . InsyaAllah , lain kali ana akan lebih berhati-hati . Salam ukhuwah :)

      Delete